Tuesday, 16 July 2013

Movie Review: Pee Mak

Hello!!!

Akhirnya dapat jugak aku tgk cerita Pee Mak. Ramai org cakap best tapi malangnya Sunway Pyramid tak tayang citer ni. So bila tengok ada je DVDRip punya version, terus je download. Tengok semalam dalam pukul 2 pagi with my roomie, DD.



Pee Mak mengisahkan tentang Mak yang meninggalkan isterinya, Nak yang sedang sarat mengandung kerana mahu pergi berperang bersama empat rakan baiknya Ketika ketiadaan Mak, isterinya telah mengalami kesukaran untuk melahirkan anak mereka dan telah meninggal dunia. Apabila perang sudah tamat, Mak telah mengajak rakan-rakannya untuk bertemu dengan isteri kesayangannya. Sementara itu, khabar angin mula tersebar di perkampungan yang mendakwa Nak adalah hantu. Penduduk kampung dan rakan-rakan Mak cuba memberitahu kebenaran bahawa isterinya sudah meninggal dunia, namun Mak seperti tidak mahu menerima hakikat.

Bunyinya macam Nang Nak sedikit tapi dia ubahsuai menjadi cerita komedi sikit. Seriously aku ngan DD memang guling-guling lah tgk citer ni. Memang kelakar. Suka sangat dengan watak Mak dan kawan-kawannya. Nak pun memang gorgeous giler walaupun dalam versi hantu. Ending dia pun best. Unik dan lain daripada yang lain. Boleh kata happy ending lah. Overall aku memang suka sangat dengan cerita ni. 

Rating: 4.2/5


2 comments:

Read This

Read This