Salam semua.
12 hari dah berpuasa!!! Check berat jap!!! Huhu nothing!!! Takpelah puasa ni kan bukan sahaja untuk tambah pahala tapi bulan puasa ni jugaklah time kita restkan badan dari makan makanan dengan banyak. Macam aku ni, kalau breakfast mesti nak makan roti canai or nasi lemak. Time lunch pulak mesti nak ambil nasi. Kalau tak memang tak leh tumpu perhatian untuk mengajar. So dengan puasa ni at least dah dapat skip breakfast & lunch. Tapi time berbuka ganti balik breakfast dgn lunch. Huhu.
Tahun ni, aku banyak berbuka puasa sendiri. My roomie, DD selalu kerja waktu petang ni and my friend, Mr. Y pun berpuasa kat luar negara tahun ni. So berbuka lah sorang2. Lagipun aku busy sangat this year. Balik pun dah dekat jam 6. Berbuka pun ala kadar jer.
Mostly tahun ni, aku berbuka kat rumah. Setakat ni semua beli kat bazar ramadan. Manalah sempat nak masak kalau balik pun dah dekat jam 6. Letih lagi tu. Seingat aku hanya 3 hari je aku berpuasa kat luar. 2 kali dengan DD at Flaming Steamboat dan Texas Chicken. Flaming tu memang port kita org time 'kaya'. Texas Chicken tu pulak baru first time pergi. Lagipun cawangan Pyramid tu baru lagi. Tak sampai sebulan lagi buka. Konsep Texas Chicken ni sama je dengan Popeyes cuma Popeyes punya mashed potato lagi marvellous.
Satu lagi berbuka puasa dengan Mr Y sebelum di berangkat ke tanah suci. Kami berbuka di port biasa. Delicious at Sunway Pyramid. Aku teringin makan nasi kerabu. Ya Allah portion dia. Huhu. Ciput nasinya. Tapi ayam dia besar giler. Takpalah, terima jer, Mujur ada orang belanja!!! Huhu
Selain itu, aku berbuka puasa kat rumah jer. Pergi bazar dekat rumah ni yang quite far jugak. Takpelah. Sambil tu boleh bersenam jugak kan. Anyway, aku tak sabar nak balik Kelantan. Rindu masakan Mama and berebut-rebut makan with my brothers. Aku kan cuma ada adik beradik lelaki so memang riuhlah time berbuka dengan berebut port berbuka puasa, berebut kuih akok dan murtabak. Seminggu lagi. Sabar-sabar.
Okaylah. Tu pengalaman aku sepanjang puasa ni. Bersyukur sangat sebab masih lagi diberi kesempatan untuk berpuasa. So puasa ya, jangan tinggal-tinggal puasa tanpa sebab yang musabah. Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment