Sunday 28 July 2013

TV Review: Under The Dome Season 1

Hello!!

Sekarang tengah busy. Duk kemas barang untuk balik kampung esok!!! Yes!!! Tapi dalam pada sibuk tu, sempat lagi aku tengok siri tv terbaru, Under The Dome. 

Aku tak plan pun nak tengok citer ni, tetapi selalu baca kat entertainment website pasal cerita ni. Rating yang tinggi dan feedback pun bagus. So bila baca sinopsis, rasa macam menarik pulak so decide nak tengok Pilot episode. Apa yang aku boleh kata, memang best lah. 


Cerita yang diadaptasi dari novel tulisan, Stephen King ini mengisahkan penduduk di Chester's Mill sebuah pekan kecil yang terputus hubungan dengan dunia luar ekoran dari sebuah kubah misteri yang wujud di pekan mereka. Mereka tidak dapat menembusi kubah itu dan harus berikhtiar untuk memastikan mereka selamat dan berjaya melepaskan diri dari kubah misteri itu. 

Ini adalah antara watak-watak utama dalam cerita ni 




Dale 'Barbie' Barbara ~ Dale atau lebih dikenali sebagai Barbie ni lebih kurang hero lah dalam cerita ni. Bekas tentera yang datang ke Chester's Mill untuk memungut bayaran kalah judi seorang doktor, tanpa sengaja telah menembak doktor itu. Setelah menanam mayat doktor itu, Barbie tidak sempat keluar dari Chester's Mill ekoran kubah misteri yang muncul. 


Julia Shumway ~ Wartawan tempatan dan isteri kepada Peter, doktor yang telah ditembak oleh Barbie. Julia tidak mengetahui kejadian yang berlaku antara Barbie & suaminya. Dia menawarkan Barbie untuk tinggal di rumahnya. 


Deputy Linda Esquiel ~ Deputy Sherif yang terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua selepas sherif yang sedia ada meninggal dunia. Terpisah dengan tunangnya yang berada di luar dome/kubah


James 'Big Jim' Rennie ~ Big Jim merupakan politician dan disegani oleh penduduk Chester's Mill. Walaubagaimanapun, dia telah menyelewengi kepercayaan penduduk dengan menjadikan Chester's Mill sebagai tempat membuat dadah. 


Angie McAlister & James 'Junior' Rennie ~ Junior merupakan anak kepada Big Jim ni mengalami masalah mental dan telah mengurung kekasihnya, Angie di bilik bawah tanah disebabkan rasa cemburu melihat Angie berbual bersama Barbie. 


Joe McAlister ~ Adik kepada Angie. Diselamatkan oleh Barbie setelah hampir menjadi korban kepada dome. Ibubapa Joe & Angie berada di luar kubah. 


Carolyn, Alice & Norrie Hill ~ Carolyn bersama isteri dan anaknya terperangkap di dalam kubah semasa mereka singgah di Chester's Mill untuk mengisi minyak. Norrie dan Joe menjadi rakan setelah mereka sama-sama mengalami seizure dan merapu dengan ayat2 pelik. 


Phil & Dodee ~ DJ dan engineer yang bertugas di satu-satunya stesen radio yang menjadi pusat maklumat kepada penduduk Chester's Mill.

Sekarang dah tengok sampai episode 5. Nanti AXN mesti akan tayang cerita ni sebab konsepnya sangat sesuai untuk channel AXN. Overall, memang addictive sangat.


No comments:

Post a Comment

Read This

Read This