Sunday 10 November 2013

Akademi Fantasia 2013: Azhael Tersingkir

Hello!!!

Minggu depan adalah konsert akhir Akademi Fantasia 2013. Walaupun tak follow sangat AF tahun ni tapi still lah jugak ambil tahu pasal perkembangan AF 2013 ni. Malam tadi merupakan konsert minggu ke 9 dan peserta favorite, Azhael telah tersingkir. Terkejutlah juga memandangkan Azhael adalah calon pilihan untuk bergelar juara. Tiap-tiap minggu selalu berada dalam kedudukan yang selamat. 

Buat pertama kali juga dalam sejarah konsert akhir Akademi Fantasia ada 4 orang pelajar wanita ke final. Biasanya pelajar lelaki yang lebih ramai ke final kecuali AF tahun 2006 di mana 3 pelajar wanita ke final (Mila, Heliza & Candy) berbanding hanya dua lelaki (Ebi & Aswad)

So siapa calon favorite untuk menang AF 2013 ni. Nampaknya macam Nabila jer sebab undi dia konsisten tinggi dan selalu berada dalam keadaan selamat. But my personal choice would be between Amira, Aisyah & Indah. Kalau Nabila menang pun okay lah jugak, sebab dia ada karisma yang tersendiri. Kalau kena lagu yang sesuai dengan vokal dia, Nabila ni boleh berjaya. Aku just taknak Faizul menang. Zzzzzzz

Hopefully, takde AF Masuk dah. Boringlah trick sama jer Astro ni. Sekali sekala buatlah AF Keluar or AF Kelaut pulak. 

No comments:

Post a Comment

Read This

Read This