Hello!!!!
Dalam 5 atau 6 minggu yang lepas, my roomie, DD bawa balik seekor anak kucing. Anak kucing tu tengah berkeliaran kat kawasan lobi di tingkat bawah so DD bawa lah balik. Aku pun tak tahu apa motif dia bawa balik anak kucing tu. Anak kucing tu bersih sangat dan juga sangat gebu so aku expect maybe terlepas dan milik salah seorang penghuni kat sini.
Kalau ikut hati aku rasanya nak bela je anak kucing ni. Tetapi memandangkan bilik kami memang tak sesuai untuk seekor anak kucing yang lincah dan juga wonder kalau pemilik dia tengah mencari anak kucing ni, kami letak balik dekat bawah. Berat hati sangat nak lepaskan Katrina (siap dah bagi nama). Aku suka sangat warna bulu dia iaitu Grey-bluish a little bit. Rare sangat warna tu. Corak tubuh dia pun memang unik.
Keesokan hari, kami still nampak Katrina duk main-main dekat bawah dan juga guard kondo kami pun ada duk main dengan kucing tu. After that, kami tak jumpa lagi Katrina. So kami berdua assumed that she found a new family or dah jumpa balik dengan owner asal. So memang legalah sebab bimbang jugak dia duk main dekat kawasan jalan raya.
Tengahari tadi, aku nak pergi beli lunch. Dari jauh lagi aku ternampak ada seekor kucing dilanggar mati. Nampak macam anak kucing. Aku ni jenis tak boleh tengok bangkai. Geli. Rasa macam nak muntah. Tetapi tak tahulah kenapa tengahari tadi aku teringin nak tengok bangkai tu. Naluri aku rasa bangkai tu adalah bangkai Katrina.
Aku tengak bangkai tu dah hancur especially muka. Tapi still nampak bulu dan corak kucing tu. Aku yakin tu adalah Katrina. Aku memang blur dan sedih sangat. Nak makan tadi pun tak lalu. Terfikir jugak, kalaulah aku dan DD bela Katrina benda ni takkan berlaku. Tapi nak buat macam mana. Rumah kami memang tak sesuai. Tambahan lagi nanti apa kata penghuni rumah kami yang lain.
So, hari ni mood tak tentu sangat. Suatu hari nanti, aku memang plan nak bela kucing. Tapi buat masa sekarang belum sesuai lagi. My friend, Mr Y ada pujuk cakap it's not my fault. So lega lah sikit. Tapi still sedih. I'm going to miss you, Katrina. Walaupun kita kenal tak lama, you will be in my heart forever.
No comments:
Post a Comment