Saturday 30 November 2013

Aktor Paul Walker Meninggal Dunia



Hello!!!

Tadi terasa macam nak buka Facebook. Terkedu seketika tengok newsfeed yang penuh dengan berita kematian aktor Fast & Furious, Paul Walker. Ingatkan berita palsu tapi rupa-rupanya berita benar. Paul Walker meninggal dunia berpunca daripada kereta yang dipandu oleh kawannya terbabas dan melanggar pokok. Kereta itu kemudiannya terbakar. 

Aku memang kenal Paul Walker menerusi filem Fast & Furious. Tak sure lagi bagaimana sambungan untuk Fast & Furious nanti memandangkan Paul Walker adalah watak utama di samping Vin Diesel. Agak ironik jugaklah sebab watak Paul Walker dalam citer F&F memang mahir memandu kereta dan selalu berjaya mengelak kematian. 

Oleh itu, nasihat aku pada korang yang memandu, jangan memandu dengan laju dan berbahaya. Biar lambat asal selamat.

No comments:

Post a Comment

Read This

Read This