Tuesday, 5 November 2013

Movie Review: Carrie (Nuffnang Premiere Screening)

Hello!!!

Semalam buat pertama kalinya aku telah mendapat invitation from Nuffnang to join their premiere screening to watch Carrie. Thank you Nuffnang for the invitation. So selepas dilema untuk mengajak siapa untuk teman aku tengok movie ni berakhir, aku dengan Mr ZZ bertolak ke Paradigm Mall. This is our first time actually pergi Paradigm Mall. Nice mall. Struktur dia cam pelik sikit tapi very efficient. Senang nak tengok arah. 

Let's talk about the movie. Carrie 2013 ni actually remake of the 1976's movie dan merupakan hasil adaptasi karya Stephen King pada tahun 1974. Movie Carrie pada tahun 1976 ni sangat well received dan turut mendapat beberapa pencalonan Oscar. 


Carrie mengisahkan Carrie yang lahir ke dunia tanpa rela ibunya, Margaret yang merupakan seorang wanita yang kuat agama. Margaret berpendapat Carrie adalah hukuman terhadapnya dan selalu menghukum Carrie dengan mengurungnya di dalam almari. Carrie tidak mempunyai kawan di sekolah dan selalu bersendirian. Konflik timbul bila, Carrie yang pertama kali datang bulan, menjerit ketakutan memikirkan dia akan berdarah sampai mati, diejek dan dimalukan oleh pelajar-pelajar perempuan yang lain. Salah seorang pelajar perempuan, Sue berasa simpati dengan Carrie dan menyuruh teman lelakinya, Tommy mengajak Carrie ke prom. Namun, seorang lagi pelajar, Chris merancang untuk memalukan Carrie di majlis prom. 

Aku suka sangat dengan penghayatan watak oleh Chloe Grace Moretz. Simpati sangat tengok Carrie yang dibuli dan diejek oleh rakan sekolahnya. Aku juga suka dengan watak guru PA, Miss Desjadin yang banyak membantu Carrie. Julianne Moore pula seperti biasa, memang menjadi watak sebagai Carrie' abusive mother. The first Carrie is definitely better but I'm not dissapointed with this one at all. Entahlah kenapa, tapi aku suka babak Carrie membalas dendam. Rasa puas. Huhu. Carrie akan keluar pada hari khamis ni. Happy sangat sebab dapat tengok awal. Thank you again, Nuffnang!!!

1 comment:

  1. teringin nak tengok, tapi tak pernah tengok wayang. hehe

    ReplyDelete

Read This

Read This