Thursday, 7 November 2013
Love You Mr Arrogant - Episod Akhir
Hello!!!
Mesti korang pun duk tengok episod akhir Love You Mr Arrogant kan? Aku happy sangat sebab ending dia best tak macam Cinta Jannah baru ni. So apa yang berlaku dalam episod akhir ni ya..
Irham & Zaara
Irham berjaya menyelamatkan Zaara yang telah diculik oleh Faizal. Selepas kejadian tu, Irham pun dah dah tak bahasakan diri dia sebagain 'aku' lagi. Suka sangat bila Irham sedar yang buka Zaara yang hantar mesej minta cerai tu. Last sekali, Irham & Zaara bercuti kat kampung sambil tunggu anak mereka lahir.
Sherry
Sherry pula ditangkap oleh polis sebab dipercayai mengedar dadah di butik mewah dia tu. Sebenarnya, dia diperangkap oleh bekas teman lelaki dia tu. Padan muka. Lepas ni bolehlah berkeekers dalam penjara ya
Hadri & Fiz
Hadri menolong Irham untuk menyelamatkan Zaara dan akhir cerita sekali ada diberitahu yang Hadri dan Fiz, bestfriend Zaara akan berkahwin.
Dato' Zahir & Datin Maryam
Datin Maryam dah insaf. Masa Sherry datang melawat, aku suka sangat bila Datin menghalau calon menantu kesayangan tu keluar dari rumah. Baru tau.
Zafrina & Munir
Zafrina pun dah berbaik semula dengan keluarga dia dan dia dan Munir akan mengerjakan umrah.
Faizal
Ditembak dan berjaya diberkas oleh polis. Padan muka. Psycho sangat. Bini orang pun nak.
Overall, aku enjoy sangat siri drama ini. Aku ni tak minat sangat pun Azlee Khairi sebelum ni. Zara Zya lagilah. Tak sedar pun kewujudan dia dalam industri ni. Tapi best sangat dia berlakon. Sangat natural and tak nampak buat2 langsung. Chemistry antara dia dengan Azlee pun bagus sangat. Love You Mr Arrogant ni definitely antara drama terbaik yang pernah aku tengok.
Sekarang ni, baca novel dia pulak!!!
Labels:
TV Shows
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Read This
Read This
No comments:
Post a Comment