Aku memang plan dari tahun lepas lagi nak tengok cerita ni. Maklumlah aku ni peminat hindustan. Then, Aamir Khan pulak yang memang salah seorang aktor Bollywood yang aku paling suka. So memang wajib tengok untuk aku lah. Aku ajak DD tapi dia tak nak tengok. Mr Y lagi lah. Masih lagi trauma sebab masa kami tengok Jab Taak Hai Jain, kami duk kat tepi sekumpulan foreigners yang mulut bising and berbau. So dia memang serik lagipun dia memang anti hindustan. So aku terpaksalah tengok seorang diri.
Dhoom 3 ni konsep dia masih lagi sama. Cuma kali ni penjenayah dia lain lah pulak. Jai (Abishek Bachchan) dan Ali (Uday Chopra) ditugaskan untuk menyiasat kes bank di USA yang dipercayai didalangi oleh penjenayah berketurunan India. Pencuri yang merompak bank adalah Sahir (Aamir Khan) yang ingin membalas dendam terhadap kematian ayahnya. Dalam satu rompakan, Jai berjaya menembak bahu Sahir dan yakin Sahir adalah pencuri yang dicarinya. Tetapi bila dia cuba memberkas Sahir, luka di bahu Sahir tiada. So aku tak nak spoil banyak2. Just tengok sendiri.
Aku memang tak baca sinopsis or read any spoilers for this movie. So bila dia reveal twist di tengah cerita, aku memang tak expect. Then bila fikir balik baru logik magik-magik yang ditonjolkan dalam cerita ni. Sahir ni actually magician. Aksi dia memang over-the-top. Cerita hindustan kan kalau tek bergaduh melayang-layang memang tak sah. Lakonan Aamir Khan memang best. Abishek & Uday pun okay cuma dah boleh expect watak mereka macam mana. Watak Katrina best tapi tak banyak ditonjolkan so sedikit bengang kerana Katrina sangat gorgeous dalam cerita ni.
Overall Rating:
No comments:
Post a Comment