Sunday 22 December 2013

Windows 8 Review

Hello!!!

Minggu ni minggu Krismas so memang tak busy. Boleh kata minggu cuti-cuti lah for me. Aku takde plan apa2 pun. Maybe just chill and relax kat rumah. 

Okay, dah 5 hari aku pakai laptop baru, maksudnya dah lima hari jugaklah aku pakai Windows 8 ni. Windows ni merupakan operating sistem yang baru dari Windows. Rasanya dari last year lagi kot wujud Windows 8 ni tapi aku tak pernah terfikir pun nak tukar dari Windows 7 kepada Windows 8. So apa yang bestnya pasal Windows 8 ni? Ni aku senarai 5 benda paling best pasal Windows 8 ni..

1) Tempoh masa untuk buka komputer atau laptop. 

Kalau dulu, bila buka je laptop, aku siap boleh merewang lagi. Pergi toilet or pergi buat air teh dan macam2 lagi lah. Tapi dengan Windows 8 ni dia memang cepat. Dalam 8-10 seconds lepas kau tekan punat on tu, dah boleh pakai. So memang efektif dan cepat lah. 


2) Charm Bar. 


I'm so in love with the charm bar. It's so cute. Lagi satu, kalau kau share komputer or laptop dengan adik or kakak or kawan, korang boleh ada profile yang sendiri. Maknanya Charm Bar korang akan berbeza antara satu sama lain. 


3) Windows App Store


Ni pulak store untuk korang install apps yang korang nak. Function dia lebih kurang Itunes Store lah. Cuma ni untuk Windows. Banyak apps yang menarik. Ada games, social app dan banyak lagi lah. Memang easy untuk guna store dia. 


4) Personalization 

Aku ni memang suka 'mencantikkan' komputer. Memang warna-warni lah bila korang buka laptop aku. So dengan Windows 8 ni lagi senang. Korang nak bar korang jadi warna apa, memang senang nak tukar2 semua. So aku memang suka bereksperimentasi dengan function ni. 


5) Multi-Tasking 

Okay, instead of buka banyak Windows and nampak serabut, korang boleh Multi tasking dengan lebih baik menggunakan Windows ni. 


See, lagi efficient dan nampak tak berserabut and payah. Aku ni jenis suka buka banyak Windows especially kalau tengah buat kerja. Ada je benda aku nak rujuk. So Windows 8 ni banyak bantu aku part ni. 

Aku still lagi tengah mengexplore Windows 8 ni, banyak lagi benda tak tahu. Tapi so far, ni lah yang aku paling suka sekarang. Ada juga benda yang still aku tak dapat sesuaikan diri. Iaitu ketiadaan function start kat bawah sebelah kiri. Rasa macam awkward jer sebab kalau nak shutdown kan mesti kena tekan situ. Kalau nak search apa-apa pun selalu pergi situ. So a little bit weird bila 'start' dah takde. But overall, aku puas hati. So korang bila lagi nak tukar?

Overall Rating:


6 comments:

  1. windows 8 memang style. haritu pinjam auntie punya laptop, nak shut down terkial2 cari. tu pon amek masa 5 minit huhuu

    ReplyDelete
  2. Kite pengguna Windows 8 juga. Memang seronok pakai. xD

    Haha, bila guna pc biasa terasa awkward dah sebab dah terbiasa dengan setting yang dah tersorok tu.

    ReplyDelete
  3. nk juga merasa tukar window8 nie..tapi ada program yang nk pakai..window8 x support lagi..huhuh

    ReplyDelete
  4. Thanks for taking the time to share this.

    ReplyDelete

Read This

Read This