Tuesday, 24 September 2013

After 2 Years!!!

Hello!!!

Petang tadi, aku plan nak tidur sebab takde apa nak buat lepas balik kerja. Tengah aku nak lena, telefon berbunyi. Bila aku nak tengok siapa yang call, aku terkejut sangat. Ya Allah.. It's one of my best friends from university, JH. JH dengan aku ni belajar sama masa degree dan kami further Masters sama2. Tetapi entah mengapalah suddenly lost contact around July 2011. Aku cuba sedaya upaya untuk call dia tetapi tak dapat. Tambahan pula dia tinggal di Johor. 

JH ni adalah orang yang paling banyak berjasa. Dia tua dua tahun dari aku. Tapi kami still masih boleh klik. Aku masa belajar UiTM, memang bertuah. Sebab JH ni ada kereta. So tak pernah mengalami masalah pengangkutan and senang nak ke mana-mana. JH ni pun suka tengok wayang. And dia pun suka tengok cerita Korea, siri TV so pendek kata kami banyak share interests. 

Bila dia menghilangkan diri, aku memang rasa sangat kehilangan. Dia bukan sahaja seorang kawan bagi aku, tapi juga dah macam abang dah. Teringin sangat nak share dengan dia kehidupan selepas belajar. Dia banyak berjasa pada aku, so aku pun nak sangat balas budi dia, tapi dia hilangkan diri begitu sahaja. Even fb pun dia deactivated.

So petang tadi, masa dia call dia tanya. Ingat tak siapa ni. Lor. Of course lah aku ingat. Aku tanya dia kenapa hilang. Dia cakap phone masuk air. Tak kisahlah apa alasan dia, aku just happy sangat dapat reconnect dengan JH. Plan nak jumpa esok. Tapi aku ada kelas malam esok & lusa. So kami akan jumpa malam jumaat ni. 

I can't wait to see him again!!!

No comments:

Post a Comment

Read This

Read This