Sunday, 1 September 2013

Dear Body @ Bloop, Sunway Pyramid

Salam!!!

Minggu lepas, sempat pergi jalan jalan di Sunway Pyramid. Tgk apa2 yang rasa nak beli memandangkan gaji dah nak masuk. Semasa teman DD pergi ATM, aku notice something look like products from Bath & Body Works. Aku pun pergilah tgk dekat booth/kiosk Bloop. Rupa dah macam barang from Bath & Body Works. Tapi kat packaging ada tulis "Dear Body". Harga pun murah jugak. 

Balik jer rumah, aku terus check kat internet. Rupa-rupanya Dear Body ni satu company kat UK yang imitate product dari Victoria's Secret & Bath & Body Works. Aku kureng sikit dengan product imitation ni tapi review pasal product ni actually bagus. So aku decide nak try lah. 

Beberapa hari kemudian, aku pergi balik kedai, Bloop ni. Promoter yang datang pun actually really nice and helpful. Dia ada offer, beli 3 untuk harga RM60 and korang boleh campur2 tak kira lah samada fragrance mist, shimmer mist, body lotion, body butter or shower gel. Aku pulak masa ni memang tengah cari shower gel so aku beli 2 shower gel and satu lagi fragrance mist yang telah disarankan oleh promoter di Bloop. 




So jom check apa yang aku beli kat sana. 

1) Shower Gel (Mango Mandarin) ~ Seriously fruity sangat bau dia. Bau mangga pun sangat kuat. Aku suka sangat bau dia. Rasa fresh and segar jer. 

2) Fragrance Mist (Sweet Desire) ~ Yang tengah tu fragrance mist. Bau Vanilla + Praline. Sangat warm dan wangi. Very sweet. Ada bau cupcakes sikit. Aku dah planned nanti nak beli kat my mom satu. Mesti dia suka. 

3) Shower Gel (Black Raspberry Vanilla) ~ Satu lagi shower gel. Aku dah cuba yang ni. Wangi. Bau buah berry and ada vanilla hints sikit-sikit. Not too sweet but still fresh. 

So overall, aku puas hati sangat. Walaupun imitation product tapi bau dia okay dan tahan lama jugak fragrance mist dia. DD pun dah planned nak beli. Aku pun lepas dapat gaji ada planned jugak nak beli lagi. Hehe. 

Nak pergi kedai dia senang jer. Level LG1. Dekat ATM Ambank dan eskulator yang akan menuju ke panggung wayang TGV. Yang tengah2 tu. Sekian. 

2 comments:

  1. perfume yg no 2 tu kt mane ye sy blh dapatknnya

    ReplyDelete

Read This

Read This