Another movie review for today. Movie ni actually dah tayang lama dah. Hujung bulan May lagi tetapi TGV Sunway Pyramid jarang ambik movie Hindi unless ada SRK so aku terpaksa lah tunggu untuk download. Keluar je link download, terus jer aku download cepat-cepat.
Movie ni memang popular sangat kat India. Siap lintas rekod kutipan 3 Idiots lagi. 4 pelakon utama dia pulak memang favorite aku Ranbir Kapoor (anak kepada Rishi Kapoor), Deepika Padukone, Kalki Koechlin & Aditya Roy Kapur (from Ashiqui).
Movie ni mengisahkan Naina (Deepika Padukone) seorang pelajar perubatan yang tidak begitu gembira dengan kehidupannya. Suatu hari Naina terserempak dengan bekas kawan sekelasnya, Aditi (Kalki Koechlin) yang sedang merancang untuk menyertai trip mendaki ke Himalaya. Pertemuan Naina dengan Aditi ni buat Naina sedar yang dia deserve untuk enjoy her life a little bit. Jadi Naina membuat keputusan untuk menyertai Aditi dan juga 2 rakan sekelasnya yang lain iaitu Bunny (Ranbir Kapoor) & Avi (Aditya Roy Kapur). Bunny is very charming dan mempunyai impian untuk mengelilingi dunia. Dia juga tidak percaya pada perkahwinan. Avi pula seorang yang kelakar dan sering menghiburkan kawan-kawannya. Konflik timbul apabila Naina jatuh hati kepada Bunny tetapi terpaksa menyembunyikan perasaan hatinya kerana dia tahu Bunny tidak percaya kepada perkahwinan dan mempunyai impiannya yang tersendiri.
Overall, I love this movie so much. Kombinasi pelakonnya memang perfect lah. Chemistry antara mereka berempat sangat kuat. Cinematography movie ni jugak sangat cantik. Especially scenes dekat Manali. I have so much fun with this movie and I did cry several times. :p
Overall Rating: 4.3/5
dari segmen HAWA
ReplyDeletehttp://honeyoyeke.blogspot.com/2013/09/birthday-giveaway-by-cik-hawa.html
done follow sini