Monday, 16 September 2013

Movie Review: The Purge

Salam Isnin!!!

Minggu lepas, aku banyak tengok movie, samada kat panggung wayang or download sendiri. Tapi belum sempat review lagi. So I'm going to do it now. 

First, let me review The Purge. 



Cerita The Purge ni mengisahkan keadaan di Amerika pada tahun 2022 di mana kadar jenayah adalah sangat rendah disebabkan wujudnya satu hari di mana, rakyat Amerika dibenarkan melakukan jenayah iaitu The Purge atau Hari Pembasmian. James Sandin (Ethan Hawke) hidup bahagia bersama-sama isteri dan anak-anaknya. James menjual sistem keselamatan rumah yang mana boleh melindungi pemiliknya terutama sekali semasa Hari Pembasmian. Namun James dan keluarganya berada dalam bahaya bila anak lelakinya menyelamatkan seorang lelaki yang homeless yang hampir dibunuh oleh orang yang begitu taksub untuk membasmi golongan miskin. 

Konsep dia agak menarik, tetapi entahlah. Aku tak rasa takut sangat which is weird sebab aku ni memang penakut bila tengok cerita thriller ni. Konflik dan ending agak lemah. Bila habis movie tu, aku tertanya pada diri aku sendiri, that's it? Tetapi aku suka cara kamera bergerak especially time anak lelaki James bermain patung spy dia yang freaky. 

Overall Rating: 2.5/5 


2 comments:

  1. wahhhhh! Trailer dia macam best je >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trailer nampak best tapi cerita dia kurengg sikit.

      Delete

Read This

Read This