Saturday, 14 September 2013

I Hate... Anjing Liar

Salam Sabtu!!!

Hari ni kita tukar sikit. Biasanya aku selalu post I Like je kan so hari ni aku nak post pasal What I Hate pulak. So apa yang aku paling benci pada masa sekarang ialah anjing liar. 

Argghhh, aku rasa nak tembak jer anjing liar tu. Or tikam ker. Berdosa tak?

Pagi ni aku bangun awal sangat sebab ada event di MSU. Kena bawa kids sekali so janji nak jumpa di Petronas Desa Mentari pada pukul 8.15 pagi. So pukul 7.30 lagi aku dah kuar rumah dan berjalan menuju tempat tunggu taxi di depan Kondo Ridzuan. Tapi pada masa tu belum ada taxi lagi. Hmm. Tiba-tiba muncul something dari belakang aku. Anjing!!! Aku relax jer. Tapi kelakuan anjing tu macam weird sangat. Aku undur sikit, tapi aku still calm jer. But that crazy dogs follow me. 

Aku pun jalan cepat sikit sambil menuju ke guard house Kondo Ridzuan. Aku buat batuk-batuk sikit supaya anjing tu takut sikit. Tetapi anjing keji tu still ikut aku dan aku secara automatiknya masuk ke dalam guard house tu. Pakcik India yang jaga dalam tu macam blur and surprised je tengok aku terkinja-kinja masuk ke dalam guard house. Kalau dia ada senapang memang dah kenal sedas kot aku. Aku pun apa lagi 'There's a dog outside. Sorry." Uncle tu hanya senyum jer. 

Kemudian aku nampak anjing tu lintas jalan balik. Aku pun keluar lah dari guard house. Tetapi bila anjing tu tengok aku keluar dari guard house dia lintas jalan balik ke arah aku. Aku pun terus masuk ke dalam balik. Anjing ni memang dasar kurang kasih sayang kot. Aku pun stay je kat dalam tue until aku nampak satu teksi. Mujurlah teksi kosong so aku pun cepat-cepat naik. Aku sempat tengok ke tingkap dan jeling dekat anjing liar tu. Padan muka dia. 

Tetapi, kisah aku dan anjing liar tidak berakhir setakat itu sahaja. Kali ni di Desa Mentari pulak. Lepas aku balik kerja, tengah tunggu my boss ambil duit untuk bayar driver bas. Aku pun berbual lah dengan driver tu dulu kat luar bas. Then, ada anjing liar dtg ke arah aku. Aku apa lagi menyorok lah belakang driver bus tu. Driver tu jengilkan mata dekat anjing liar tu tapi anjing liar tu tak berganjak. Aku dah usha dah sekeliling tgk ada kayu ker, kasut tumit tinggi ker. Nak jer aku lekuk-lekuk kepala anjing tu. Tapi mujurlah my boss dah datang dengan kereta. Aku rasa cam nak jerit jer kat bos aku "Langgar anjing tu Yasmin, langgar, langgar" sambil ketawa terbahak-bahak. Mujur anjing tu lari. So selamatlah aku. 

Aku still tak paham2 keapa lah anjing liar kat kawasan aku ni masih banyak. Tolonglah do something. Aku jalan ada loncong ke tak kisah sangat tapi tolonglah basmi anjing liar ni. Bahaya tau tak!!! Hopefully aku tak diganggu oleh anjing2 ni lagi. Dah penat dah dengan anjing liar ni. Thank you to Pak Guard Kondo Ridzuan, driver bus and my boss, kerana sudi menolong aku ni. Once again, I HATE YOU, ANJING LIAR!!!!


No comments:

Post a Comment

Read This

Read This