Hello!!!
Sekarang ni kecoh pasal bini Mat Yo. Kat facebook feeds semua duk post pasal berita ni saja. So here are my 2 cents about this.
Pakcik tu mengingatkan aku kepada Papa aku. Papa aku lebih kurang umur Pakcik guard tu so bila tengok Pakcik tu kena maki, terusik sangat hati aku. Cara perempuan tu bercakap macam Pakcik tu hina sangat and tak layak tegur dia langsung. Pakcik tu hanya menjalankan tugas dia sahaja. Kalau dia nak marah perempuan tu sekali pun tu hak dia sebab kau parking tempat salah. Berlaku apa-apa kesulitan Pakcik tu yang akan kena marah dengan majikan dia.
Lepas tu bila tengok video maklum balas Pakcik tu, he's very down to earth and humble. Siap minta maaf lagi. Apa kes Pakcik tu nak kena minta maaf. Memang perempuan tu biadap siap panggil Pakcik tu bodoh lah, dayuslah. Yang kat sebelah perempuan tu tak dayus ker.
Walaupun aku tak kenal Pakcik ni, aku harap Pakcik ni dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah S.W.T. Sedih dengan budi bahasa golongan muda sekarang. Orang tua makin lama, makin tak dihormati. Dalam bas dan ktm pun aku tengok, org2 tua duk berdiri tapi yang muda duduk rileks jer dan pura-pura tidur. Keji sangat.
Itulah saja my 2 cents about this situation. Harap-harap peristiwa ni memberi pengajaran kepada semua bahawa orang yang tua harulah dihormati.
No comments:
Post a Comment