Hello!!!
Hari ni muka rasa lesu sikit. Probably because of the event today. Tempat dia teduh tapi panas. Aku pun hairan jugak actually. Maybe bangunan kat sini air circulation dia x berapa bagus kot. Amboi, dah macam arkitek pulak aku dengan spekulasi sendiri.
So, apa lagi mask time lah. Actually aku start pakai mask awal tahun ni. Sebab kulit muka aku kusam sangat and ramai yang cadang pakai mask. So aku setakat ni, still loyal dengan brand mask pertama yang aku beli iaitu Sister Diary. I'm not sure whether this brand is from Taiwan or Japan sebab kat label dia ada both address so who cares? Hikhik
Ni adalah 2 jenis mask yang memang aku pakai. Dia ada banyak jenis actually tapi aku suka pakai these 2. Maybe if I want to try something new someday, I'll buy different type. Yang warna pink tu nama dia 'Cherry Arbutin Mask' manakala yang hijau nama dia 'Apple Polyphenol Platinum Mask'. Harga satu kotak ni RM8.88 rasanya. Dalam ni hanya ada dua mask sahaja so quite oklah price dia. Easy to find this. You can find this at Guardian or Watson.
So apa tujuan, kedua-dua mask ni. Well of courselah ada manfaat dia. Kalau xde manfaat memang x ingin aku nak pakai mask ni. Leceh. Yang Cherry one is for Whitening & Remove Dark Spots. Sementara yang warna hijau tu untuk Pore Tightening & Oil Controlling. Overall aku memang puas hati. Walaupun memang leceh nak pakai benda ni, tapi untuk kebaikan kulit, takpe. Lagipun bukan hari2 pakai.
Okaylah aku nak bermask dulu. 'Bermask?' Apa punya wording orang Melayu ni. Dahlah BM masa SPM dapat A. Sekarang dah rojak habis. Well at least, I kredit BM tak macam org tu. (Huhu.. I tau you tgh skodeng blog I... Wink wink). Gurau jer!!! Minta maaf terus..
hehe , amboi . siap bermask lagi . lepas ni licin terus muka tu . :) happy bermasking hehe
ReplyDelete