Monday, 23 September 2013

Happy Birthday To My Little Brother...

Hello!!!

Semalam adalah birthday adik aku, Faiz Zikri yang ke tujuh. Rindu sangat adik aku tu. Memang rapat dengan dia. Actually aku bersyukur sangat adik beradik aku memang sangat rapat antara satu sama lain. Kami semuanya hero so rumah kami memang bising sangat dengan suara dan telatah kami. 


Excitednya adik aku tiup lilin tu. Dah macam nak tumbang dah lilin tu. Rumah kita org memang dah jadi rutin actually sambut hari jadi. Walaupun ada org cakap sambut birthday ni budaya barat, kami takde niat nak agung-agungkan budaya barat pun cuma nak bergembira dengan family sahaja. 

Nak cerita sikit pasal adik aku ni. Memang nakal, tapi dia bijak. Aku ngan dia pulak memang kamcing. Macam2 permainan pelik yang aku main dgn dia. Main mak dgn anak lah, baby sakit, dan kadang2 main pembunuh pun ada jugak. Huhu. 

Masa aku dan adik aku ni agak limited actually. Well sejak dia lahir lagi. Dia lahir masa aku dah mula sambung belajar di UiTM. Dungun. Dan sekarang pun aku bekerja di Sunway. So dalam setahun tu berapa hari sangat lah kami berjumpa. Tapi kami still rapat walaupun jarang jumpa dan jarak umur kami sendiri yang sangatlah jauh iaitu 21 tahun. Huhu.

So aku harap sangat adik aku yang bongsu ni akan membesar jadi orang yang berguna kepada keluarga. Rindu sangat!!!


No comments:

Post a Comment

Read This

Read This