Sunday 22 September 2013

Maruah Roomieku Yang Tercalar

Hello and Salam Ahad to everyone!!!

Tajuk hari ni gempak sikit. Actually, semalam ada satu peristiwa yang agak kelakar jugak yang melibatkan aku dan Roomie aku, DD. Semalam aku siap agak awal jugak untuk pergi kerja. Si DD pulak ni memang liat kalau nak pergi kerja. Biasanya dia pergi kerja lebih awal dari aku. Tapi aku mandi dulu then siap cepat2. Si DD pulak, time ni lah baru masuk bilik air nak mandi. 

Aku bila keluar bilik jer, secara automatiknya lock pintu dari dalam sebab aku biasanya keluar last. So keluar je dari kondo terus dapat teksi. Semasa dalam teksi tu, hati aku terdetik je tiba-tiba. Eh, aku rasa cam kunci pintu bilik tadi. Teringat DD yang ada dalam tandas. So aku cepat2 call Kak M which is orang yang sewakan bilik kepada kami. Dia beritahu yup, DD terkunci and tak boleh masuk bilik so dia tolong bukakan bilik tidur kami. Oh gosh, aku terus terbayang macam manalah si DD tu duk berkemban sambil meminta tolong dan menjerit bukakan pintu. Mesti tragis adegan tu. 

DD, bukan gambar sebenar.
 
DD terus mesej melahar aku. Huhu. Sorry DD. Aku betul-betul tak sengaja. Takpa, kau memang suka berkemban kan. Hehe. Usually aku yang bimbang DD akan lock bilik, bila aku tgh mandi. Selalu je pesan, jgn kunci pintu, rupanya aku yang mengurung dia. Sorry babe!!! Nanti aku belanja, gula2 dua puluh sen. 


1 comment:

  1. Cian kat kawan awak tu..
    Eira pun selalu gak wat cam tu..
    Hehehe

    ReplyDelete

Read This

Read This